Rabu, 20 Jun 2007

PERKATAAN-PERKATAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ISLAM ITU MENJADI MURTAD

Iaitu (antaranya)::

1. Mengatakan Allah Ta’ala itu ada sekutu dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.

2. Mengatakan SYARIAH Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dan masyarakat.

3. Mengatakan hukum-hukum ISLAM tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.

// Yang ini kena jaga baik sebab perlu huraian lanjut kerana akan dibelitkan oleh penyokong politik sesetengah parti tertentu. Jika ada kemusykilan, kita boleh bincang.

4. Mengatakan setengah-setengah hukum Islam tidak sesuai lagi diguna pakai pada hari ini, hanya sesuai pada masa yang silam.
// Yang ini juga kena jaga baik sebab sebagaimana yang saya terangkan di atas tadi, bergantung kepada siapa yang mengucapkannya - orang yang ada pengetahuan dalam hal ehwal syara’ ataupun bukan. Saya bimbang ini akan jadi bahan murahan sesetengah golongan politik yang hanya suka menyalahkan orang lain TETAPI tidak berusaha memberikan pengetahuan kepada orang ramai yang mana menyebabkan gejala murtad berleluasa.

5. Mengatakan tafsiran-tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat oleh ulama-ulama tafsir yang dahulu (muktabar) tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hukum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummat.

// Yang ini pun kena jaga baik sebab nanti diselewengkan maksudnya oleh sesetengah golongan. Yang dimaksudkan di atas adalah tafsiran-tafsiran yang menyentuh soal HUKUM-HAKAM agama Islam yang sudah jelas seperti di dalam BAHAGIAN AQIDAH dan FIQH (Ibadat, Muamalat, Munakahat, dan Jinayah).

Tafsiran-tafsiran ayat Quran tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang lain daripada soal hukum sememangnya boleh dibuat kerana ilmu Allah itu amat luas dan kita perlu menerokainya mencari ilmu yang dikurniai-Nya.

6. Mengatakan bahawa Qadha dan Qadar (takdir dan ketentuan Allah) bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri, atau dari kekuatan alam, bencana alam dan seumpamanya yang bermaksud yang sama iaitu bukan dari Allah sendiri.

7. Mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruhul Qudus. Dalam nash Al-Quran, jelas bahawa mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan adalah kafir - rujuk Al-Maidah, ayat 73.


Tiada ulasan: