Isnin, 25 Jun 2007

...How 2 b a friend...



Apabila kita ingin berteman,janganlah kerana kelebihannya,kerana mungkin satu kelemahan,kau mungkin akan menjauhinya,Andai kau ingin berteman,janganlah kerana kebaikkannya kerana mungkin dengan satu keburukkan,kau mungkin akan membencinya.Andai kau ingin sahabat yg satu janganlah kerana ilmunya,kerana apabila dia buntu kau mungkin akan memfitnahnya.Andai kau ingin seorang kawan janganlah kerana sifat cerianya kerana andai dia tak pandai menceriakan,kau mungkin akan menyalahinya.Andai kau ingin bersahabat...terimalah dia seadanya,karana di seorang sahabat yang hanya manusia biasa.Jangan diharapkan semuanya sempurna kerana kau jg tidak sempurna.Tiada yang biasa2 menjadi sempurna,tapi bersahabatlah kerana ALLAH FILLAH...

..IMPIANA..

Adam Jaguh Kampung =)

sport tadika seri kasih 2007


Red team the power..sebelum masuk kegelanggang


di beri kata-kata semangat oleh guru =)


menyusun strategi....yess yess yess aku paham dah camne nak menang =)


akhirnyer adam mendapat tempat ke 3 dari 3 team hahaha =)


setelah penat sport..adam ke kolam huhuhu =)


best..best..acu tepi la sikit.... =)

Ahad, 24 Jun 2007

AWAS!!! KASUT DIPERBUAT DARI KULIT BABI MURAH & TERHANGAT DI PASARAN…



























KALAU ADA 3 TITIK DALAM SATU TOMPOK TU… JANGAN BELI…TU KULIT BABI…

Sabtu, 23 Jun 2007

3 Soalan vs 1 Jawapan

Satu jawapan kepada mereka yang tak faham.....apa yea?..

Pemuda :Anda siapa Dan apakah bisa menjawab
pertanyaan-pertanya an
saya?

Kiyai :Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya
akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda :Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai
orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Kiyai :Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda :Saya ada 3 pertanyaan:-

1. Kalau memang Tuhan itu ada,tunjukan wujud tuhan
kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan
ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat
syaitan.
Sebab merekamemiliki unsur yang sama. Apakah Tuhan tidak
pernah
berfikir sejauhitu?

Tiba-tiba Kiyai tersebut menampar pipi pemuda tadi
dengan keras.

Pemuda (sambil menahan sakit) :Kenapa anda marah

kepada saya?

Kiyai : Saya tidak marah...Tamparan itu adalah
jawaban saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan
kepada saya.

Pemuda : Saya sungguh-sungguh tidak mengerti.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Tentu saja saya merasakan sakit.

Kiyai : Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?

Pemuda : Ya!

Kiyai : Tunjukan pada saya wujud sakit itu!

Pemuda : Saya tidak boleh.

Kiyai : Itulah jawaban pertanyaan pertama...kita
semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu
melihat wujudnya.

Kiyai : Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh
saya?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Apakah pernah terfikir oleh anda akan
menerima tamparan dari saya hari ini?

Pemuda : Tidak.

Kiyai : Itulah yang dinamakan takdir.

Kiyai : Terbuat dari apa tangan yang saya gunakan
untuk menampar anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Terbuat dari apa pipi anda?

Pemuda : Kulit.

Kiyai : Bagaimana rasanya tamparan saya?

Pemuda : Sakit.

Kiyai : Walaupun syaitan dijadikan dari api dan
neraka juga terbuat dari api, jika Tuhan
menghendaki maka
neraka akan menjadi tempat yang menyakitkan untuk
syaitan.

Tentang 13

Assalamua'laikum wr wb......... ..

Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruqu' :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 - Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

"Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /
Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu " FRIDAY the 13th " jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!"

Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..." Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

Jumaat, 22 Jun 2007

CARA MENINGKATKAN KELAJUAN INTERNET 20%

1. Mula-mula pegi kat Run pastu click Run.

2. Taip kat dlm ruang disediakan: GPEDIT.MSC

3. Click OK.

4. Ni dah kira masuk kt registry, pastu click Computer Configuration.

5. Kemudian click Administrative Templates.

6. Seterusnya click Network.

7. Dan kemudian click QoS Packet Scheduler.

8. Pastu click Limit reservable bandwidth.

9. Kita akan sampai ke Limit reservable bandwidth Properties.

10.Kat setting tu ubah jadi Enabled.

11.Kat bahagian Bandwidth limit(%) tukar jadi 0 (sifar).

12.Last sekali click Apply dan OK.

Mutiara hikmah...

Ilmu itu lebih baik daripada harta.
Ilmu menjaga engkau dan engkau menjaga harta.
Ilmu itu penghukum (hakim) dan harta terhukum.
Harta itu kurang apabila dibelanjakan tapi ilmu bertambah bila dibelanjakan.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Kecantikan bukan terletak pada pakaian yang dipakai
tetapi ia bergantung kepada keelokan akhlak dan budi pekerti.
-Saidina Ali bin Abi Thalib

Jadilah seperti pohon kayu yang lebat buahnya,
tumbuh di tepi jalan. Dilempar buahnya dengan batu,
tetapi tetap dibalas dengan buah.
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Alangkah buruknya kepapaan, kalau aku mengadu aku malu,
kalau aku berdiam diri aku binasa.
-Saidina Ali bin Abi Talib

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.
Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan,
langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh
atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah.
-Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki.
Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya
daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya.
-Khalifah Umar al-Khattab

Orang yang terlalu memikirkan akibat dari sesuatu keputusan atau tindakan,
sampai bila-bilapun dia tidak akan menjadi orang yang berani.
-Khalifah Ali bin Abi Talib

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia.
Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati,
tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara.
-Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Kekayaan yg sebenar ialah akal , kepapaan yg sebenar ialah rosak akal .
Sepi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenar
ialah akhlak yg baik.
-Saidina Ali bin Abi Thalib

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan,
maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya.
-Saidina Umar al-Khattab

Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab,
merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi,
memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.
- Khalifah Abdul Malik bin Marwan

Orang berilmu lebih utama daripada orang yang selalu berpuasa,
bersolat dan berjihad. Apabila mati orang yang berilmu,
maka terdapat suatu kekosongan selain oleh penggantinya (yang berilmu juga).
-Saidina Ali bin Abi Talib

Barangsiapa yang jernih hatinya, akan diperbaiki Allah pula pada yang nyata di wajahnya.
-Saidina Umar bin Al-Khatab

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya
dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar
dan kunci penyelaknya adalah malas.
-Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan
yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya.
-Saidina Ali bin Abi Thalib

Rabu, 20 Jun 2007

KALIMAH ALLAH DI LANGIT



PERKATAAN-PERKATAAN YANG BOLEH MENYEBABKAN SESEORANG ISLAM ITU MENJADI MURTAD

Iaitu (antaranya)::

1. Mengatakan Allah Ta’ala itu ada sekutu dan berbilang-bilang, atau mengatakan Allah tidak berkuasa apa-apa atas alam ini.

2. Mengatakan SYARIAH Islam yang diturunkan Allah bukan untuk mengatur perhubungan di antara individu dan masyarakat.

3. Mengatakan hukum-hukum ISLAM tidak wajib dilaksanakan pada masa sekarang, kerana tidak sesuai dengan keadaan hidup masyarakat hari ini.

// Yang ini kena jaga baik sebab perlu huraian lanjut kerana akan dibelitkan oleh penyokong politik sesetengah parti tertentu. Jika ada kemusykilan, kita boleh bincang.

4. Mengatakan setengah-setengah hukum Islam tidak sesuai lagi diguna pakai pada hari ini, hanya sesuai pada masa yang silam.
// Yang ini juga kena jaga baik sebab sebagaimana yang saya terangkan di atas tadi, bergantung kepada siapa yang mengucapkannya - orang yang ada pengetahuan dalam hal ehwal syara’ ataupun bukan. Saya bimbang ini akan jadi bahan murahan sesetengah golongan politik yang hanya suka menyalahkan orang lain TETAPI tidak berusaha memberikan pengetahuan kepada orang ramai yang mana menyebabkan gejala murtad berleluasa.

5. Mengatakan tafsiran-tafsiran ayat-ayat Al-Quran yang dibuat oleh ulama-ulama tafsir yang dahulu (muktabar) tidak sesuai lagi digunakan sebagai dasar hukum hari ini, dan menganjurkan ulama-ulama hari ini membuat tafsiran mengikut keadaan dan suasana kehidupan ummat.

// Yang ini pun kena jaga baik sebab nanti diselewengkan maksudnya oleh sesetengah golongan. Yang dimaksudkan di atas adalah tafsiran-tafsiran yang menyentuh soal HUKUM-HAKAM agama Islam yang sudah jelas seperti di dalam BAHAGIAN AQIDAH dan FIQH (Ibadat, Muamalat, Munakahat, dan Jinayah).

Tafsiran-tafsiran ayat Quran tentang pelbagai ilmu pengetahuan yang lain daripada soal hukum sememangnya boleh dibuat kerana ilmu Allah itu amat luas dan kita perlu menerokainya mencari ilmu yang dikurniai-Nya.

6. Mengatakan bahawa Qadha dan Qadar (takdir dan ketentuan Allah) bukan datang dari Allah, malah adalah datang dari makhluk itu sendiri, atau dari kekuatan alam, bencana alam dan seumpamanya yang bermaksud yang sama iaitu bukan dari Allah sendiri.

7. Mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan, iaitu Isa, Maryam, dan Ruhul Qudus. Dalam nash Al-Quran, jelas bahawa mengatakan bahawa orang-orang yang mengatakan Allah Ta’ala itu salah satu daripada tiga Tuhan adalah kafir - rujuk Al-Maidah, ayat 73.


PETUA IMAM SYAFIE

4 PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan

1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan

1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata

1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata

1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran

1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian
langit dan bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga
untuk solat malam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan
yang banyak dimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.

Selasa, 19 Jun 2007

Wanita Islam

Wanita Islam merupakan bagian dari masyarakat yang tidak dapat dipisah-kan dan mempunyai posisi yang sangat penting. Ia mempunyai kewajiban terhadap Allah, dirinya sendiri, keluarga, lingkungan dan terhadap Islam. Pada kali ini akan sedikit dibahas tentang kewajiban seorang muslimah terhadap dirinya sendiri, lingkungan dan Islam.

Kewajiban Terhadap Diri Sendiri

Kewajiban seorang muslimah terhadap dirinya adalah berhias dengan akhlaq yang mulia sebagai cermin dari keimanan yang ada di dalam dirinya. Diantara akhlaq mulia yang harus dimiliki seorang muslimah adalah:

1. Hati yang lembut dan perasaan yang sensitif.
Rasulullah sebagai panutan bagi seluruh umat Islam terkenal mempunyai hati yang sangat lembut.

2. Keperdulian terhadap orang lain.
Tanggap terhadap situasi dan keadaan saudaranya yang sedang mempunyai masalah. Perduli bukan berarti hanya mengetahui bagaimana keadaan saudaranya, tetapi juga berusaha untuk menunjukkan perha-tiannya sebagai bukti dari keper-duliannya itu.

3. Hati yang pengasih.
Seorang muslimah harus memiliki rasa sayang terhadap sesamanya dan mampu untuk menunjukkan rasa sayangnya itu.

4. Menjaga hak-hak orang lain.
Apa yang menjadi hak orang lain adalah merupakan kewajiban bagi diri kita untuk memenuhinya. Sebagai contoh, hak seornag muslim dari muslim yang lain adalah dikunjungi ketika ia sakit.

insaf

mengapa susah sangat kita sebagai menusia untuk membuat kebaikan..mengapa sukar nak mendapat pahala dari allah dengan perkara yang kita lakukan itu adalah perkara yang diredhai..' manusia ini suka membuang masa dengan terkejar-kerja dengan duniawi..tak salah kiranya kita membahagikan masa dengan sebaik mungkin..bukalah mata...lihat sekeliling kemusnahan manusia dan bumi Allah s.w.t..Allah melihat ape yg kita lakukan..kawan-kawan, marilah kita sama2 berdoa pada Allah agar dunia ini diberi nur'hidayah dari Allah s.w.t..di bulan ramadhan ini seelok-eloknya berbanyaklah kita menyebut nama Allah....insya'allah...amin

renungkan..titian sirat itu gelap...

....KEYAKINAN ITU PENAWARNYA...manusia yang melakukan kejahatan dan kemungkaran dibumi Allah ini tanpa segan silu adalah mereka yg tidak mempunyai keyakinan bahawa mereka akan dihitung dan dibalas sejajar dengan amalan mereka itu diakhirat nanti. Oleh yang demikian marilah kita jadikan diri kita orang-orang yang khusyuk, tunduk dan patuh kepada Allah. itulah sebagai penyelamat dari kemurkaan Allah.. kawan-kawan yang beragama islam, marilah kita bersama merebut pahala dibulan Ramadhan ini dan bulan berikutnya..insya'allah..

HAKIKAT BERIMAN KEPADA ALLAH SWT DAN RASULULLAH SAW

Hakikat iman kepada Allah SWT adalah satu hakikat besar yang mencakupi seluruh bidang kehidupan manusia. Apabila iman bersemi di dalam hati seseorang, maka iman itu akan terus menjelmakan kesannya dalam bentuk amal perbuatan, kegiatan dan perjuangan yang mengharapkan Allah SWT atau redha Allah SWT. Dia taat kerana Allah SWT. Dia tunduk dan patuh kepada titah perintah Allah SWT samada kecil atau besar.

Tidak bersekongkol bersama-sama hakikat Iman itu hawa nafsu dan syahwat yang sering mengajak manusia menyeleweng daripada ajaran Allah SWT. Bahkan iman itu akan mengajak nafsu dan syahwat untuk tunduk mengikut ajaran Muhammad SAW yang didatangkan daripada Allah SWT.

Imanlah yang akan mencernakan keseluruhan aspek kehidupan manusia yang meliputi bisikan jiwa, cetusan hati, keinginan roh, kecenderungan fitrah, gerakan jasmani, tindakbalas pancaindera dan semua perbuatan samada semasa bersendirian mahu pun di depan orang ramai mengikut kehendak Allah SWT.

Sesungguhnya iman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya itu merupakan keyakinan dan penyaksian dalam hati dengan segala kesungguhan yang membuatkan hati menjadi juru bicara Din Islam. Juru bicara yang hidup.

Iman itu akan hidup dalam perasaan dan menjadi roh bagi tingkah laku. Alangkah indahnya Iman ini. Alangkah baik dan sucinya.

Iman yang betul akan melahirkan contoh-contoh ta’at kepada Allah SWT pada diri seseorang. Contoh-contoh itu akan memberi kesan pula kepada hati kawan-kawannya. Contoh-contoh itu adalah penyaksian amalan Islam yang akan membekas ke dalam jiwa manusia lain. Justeru itu seseorang itu akan menjadi juru da’wah Islam kepada manusia, setelah ia memberikan keutamaan dan kelebihan terlebih dahulu kepada dirinya sendiri.

Iman adalah masdar yang melahirkan ma’ruf dan menolak munkar. Iman adalah asas yang akan mewujudkan kerajaan Allah SWT di muka bumi yang berfunngsi di dalamnya hukum-hukum Allah SWT. Iman mencorakkan kehidupan Islam dan menentang kehidupan Jahiliyyah. Iman akan meletakkan seseorang di atas jalan hidup yang sempurna. Jalan hidup yang mengandungi segala perintah Allah SWT.

Amanah yang dipikul oleh manusia
Amanah yang besar telah ditolak oleh langit, bumi dan gunung ganang. Amanah itu akhirnya diterima dan diletakkan di atas bahu manusia. Amanah itu ialah amanah hidayah, amanah untuk mengenal Allah SWT dan amanah Iman kepada-Nya. Jiwa manusia telah diberikan persediaan-persediaan untuk membolehkannya memikul amanah tersebut. Untuk memikul amanah itu, manusia perlu insaf, sedar, berkehendak, bersungguh-sungguh dan berkorban. Itulah amanah yang sesuai dengan fitrah asal manusia.

Segala makhluk selain daripada manusia telah diilhamkan oleh Allah SWT untuk beriman, mendapat pertunjuk, mengenal, menyembah dan mentaati-Nya secara fitrah dan paksa tanpa perlu berikhtiar dan berusaha. Hanya manusia diberikan aqal, ma’rifah, kehendak, kesungguhan dan pengorbanan untuk berikhtiar dan berusaha untuk sampai kepada Allah SWT dengan izin-Nya.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Sesiapa berjihad kerana Kami akan Kami tunjuki mereka jalan Kami.”

Itulah amanah yang diterima manusia dan menjadi kewajipan baginya melaksana amanah itu dengan bersungguh-sungguh.


Mandat Allah SWT
Allah SWT telah berjanji untuk memberikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal saleh mandat membangunkan sistem Islam di bumi. Allah SWT telah berjanji kepada mereka bahawa Dia akan mengangkat mereka sebagai Khalifah atau penguasa di bumi. Seperti halnya diangkatkan orang-orang mu’min soleh sebelum mereka, agar mereka membangunkan syari’at Allah SWT. Dan melaksanakan keadilan mengikut kehendak Allah SWT serta membawa umat manusia ke jalan yang benar.

Kekhalifahan bukan semata-mata kerajaan, pemerintahan atau kekuasaan. Kekhalifahan harus dipergunakan untuk kebaikan dan membina kemakmuran serta menegakkan jalan Allah SWT agar manusia dapat berjalan di atasnya.

Khilafah bukanlah bertujuan untuk membuat keruntuhan, kejahatan, kezaliman dan perkosaan. Khilafah bertujuan untuk meninggikan keperibadian manusia, bukan merosakkan keperibadian manusia ke lembah kebinatangan.

Al-quran membimbing manusia ke jalan tersebut. Iman adalah dasarnya.
Firman Allah SWT:

“Sesungguhnya apa yang tercantum dalam al-Quran ini sudah cukup untuk mereka yang berabdi. Engkau Kami utus untuk membawa rahmat kepada alam semesta.”
- Al-Anbiya’: 106-107